Pengenalan
Keselamatan dan kesihatan
pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan
kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah
perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada
25 Februari 1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak
kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di
tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di
Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja
terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan
dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab
majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika
bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian
Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas b ahagian iaitu Pe rmulaan
(Preliminary), Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara
bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am
Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and
Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal
(General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am
Pekerja (General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan
(Safety and Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan
(Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and
Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau
Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri
(Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and
Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan
(Appeals), Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous).
Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja dengan merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
Tujuan dan Skop
Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja, melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada
orang-orang yang sedang bekerja, mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang
bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja,
mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan
tata amalan industri disamping peruntukan Akta. Secara ringkasnya, akta ini
bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga
kepada orang lain yang berada di tempat kerja.Orang lain tersebut merujuk
kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasa
berkenaan.
Manakala skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan
melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk
perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja
di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi akta
ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual pertama di bawah
seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian,
perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan
kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan
runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan
perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
Sumber: http://www.dosh.gov.my
1 comments:
At worse, you'll have a case of dry hands for a few hours. If you use bleach daily, then you had better bring gloves from home.
pyramex safety glasses
Post a Comment