AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(PENGGUNAAN DAN STANDARD PENDEDAHAN BAHAN KIMIA
BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) 2000

BAHAGIAN II

PENGENALPASTIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

5. (1) Seseorang majikan hendaklah mengenalpasti dan merekodkan dalam suatu daftar semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja.

(2) Daftar hendaklah disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) senarai semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan;

(b) Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III;

(c) jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(d) proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan; dan

(e) nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(3) Daftar hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja yang boleh terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(4) Kehendak subperaturan (1) dan (2) tidak terpakai jika majikan telah mematuhi kehendak peraturan 9 dan subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].

0 comments:

Post a Comment