HAZARD DAN RISIKO

TAKRIF HAZARD DAN RISIKO

Pengenalan
Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya.


Takrif

Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.

Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.


Perhubungan di antaras hazard, risiko dan bahaya
Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.


SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko bermula dengan peringkat:
a)Mengenalpasti hazard
b)Menilai risiko
c)Mengawal risiko
d)Mengukur pencapaian

Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian.


JENIS-JENIS HAZARD
Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:
(i) hazard fizikal
(ii) hazard kimia
(iii) hazard biologikal
(iv) hazard ergonomik


(i)Hazard fizikal.
Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:
a)Direka tidak selamat dan tidak sempurna
b)Tidak diselenggara dengan baik
c)Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih
d)Digunakan bukan untuk kerja sebenar
e)Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza
f)Ditukar/dipinda secara haram
g)Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

(ii) Hazard Kimia
Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.

Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.


iii)Hazard Biologikal
Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:
a)sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
b)laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
c)ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:
a)penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
b)inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
c)Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan
d)Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.


iv)Hazard Ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel Syndrome’ dan sakit belakang.


MENGENALPASTI HAZARD
Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard boleh dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh timbul kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.


Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja
Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja dan sebagainya.


Pemerhatian dan Rujukan
Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.


Penggunaan kelengkapan khas
Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh. Oleh itu pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.


Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.



PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD

Terdapat dua punca utama hazard iaitu:
a)Keadaan di tempat kerja:
i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii)lantai yang tidak rata dan licin
iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna



b)Pelakuan pekerja:
i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan
kesihatan
ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan
selamat
iii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahaya
dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v) tidak berbincang dengan majikan
vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja



KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI
Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 4.1 menunjukkan beberapa jenis Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.

Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila digunakan.


Cermin Perlindungan dan “goggle’
Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.

Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.








Pelindung dan topi kaledar
Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.


Pemilihan Kasut dan but keselamatan
Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.


Pemilihan Sarung tangan pelindung
Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:
a)Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan
dari kesan gatal
b)Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam
dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi
tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.
c)Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau
pengeseran pada permukaan kasar.
d)Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.
Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.




KEPERLUAN UNDANG -UNDANG

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Satu lagi pertambahan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 , 1994 (AKKP, 1994) ialah mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terdapatnya peruntukan penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen 30 dan 31 akkp, 1994. Seksyen ini jelas mewajibkan majikan di suatu tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih atau jika di arah oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerjanya yang dianggotai oleh wakil pengurusan dan wakil pekerja.


OBJEKTIF PENUBUHAN JKK
*mematuhi kehendak undang-undang , Seksyen 30 dan 31 di bawah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994.
*Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan mengambil tindakan ke atas
masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud
*Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi
keselamatan dan kesihatan
*Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan motivasi pekerja
*Sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau risiko di tempat kerja serta langkah
pencegahan.

KEPENTINGAN PENUBUHAN JKK
Sekurang-kurangnya ada dua sebab utama mengapa JKK penting ditubuhkan. Sebab tersebut ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja.


Keperluan Undang-undang
Akta 514, Seksyen 30 dan 31 dengan jelas mewajibkan penubuhan JKK jika terdapat 40 orang atau lebih di ambil bekerja di sesebuah tempat kerja atau di arah oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berkembang dengan seksyen ini, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ) Peraturan-peraturan JKK, 1996 atau Peraturan JKK, 1996), telah dibuat oleh Menteri untuk menjelaskan dengan terperinci penubuhan dan fungsi Jawatankuasa ini.

Objektif utama peruntukan undang-undang ini adalah untuk menggalakkan usahasama di antara majikan dan pekerja bagi menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama selain memastikan pematuhan kehendak-kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh pihak pengurusan dan pekerja.


Mengujudkan Usahasama Majikan-Pekerja
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan menjadi tanggungjawab seseorang tetapi tanggungjawab semua. Untuk memastikan satu usahasama formal dan rasmi berlangsung di antara majikan, pihak pengurusan dan pekerja di peringkat tertinggi organisasi , maka keperluan ini telah diperuntukkan di dalam undang-undang. Walaupun diperingkat awal, peruntukan di dalam adalah diharapkan arahan yang disertai dengan panduan bekerjasama ini akhirnya akan membuahkan usahasama rela di antara majikan dan pekerja.


TUGAS-TUGAS JKK
*membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta penyakit pekerjaan
*mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan berulangnya
kejadian yang serupa/sama.
*Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan
*Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap
keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan
*Menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih erat dengan pekerja di dalam
pencegahan kemalangan
*Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-perka yang bersangkutan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan
*Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja selamat
*Mengikut perkembangan keselamatan dan kesihatan semasa serta menyebarkannya
dikalangan pekerja-pekerja
*Menilai keperluan pertolongan cemas, pekhidmatan kesihatan, pencegahan kebakaran
serta kemalangan
*Menasihati pihak pengurusan berkaitan perihal keselamatan dan kesihatan
*Bertindak sebagai alat komunikasi bagi organisasi tentang isu-isu keselamatan dan
kesihatan
*Membantu majikan di dalam penyelesaian masalah keselamatan dan kesihatan

"Peraturan 1996, peraturan 3(2) mewajibkan penyusunan semua JKK yang ditubuhkan
sebelum ia dikuatkuasakan mengikut keperluan Peraturan JKK, 1996 ini"


KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
JKK yang tubuhkan oleh majikan dengan tujuan mengujudkan usahasama kerja di antara majikan dengan pekerjanya daripada pelbagai peringkat pekerjaan. Keanggotaan JKK ini hendaklah melambangkan sumbangan bersama daripada kedua-dua belah pihak. Sebuah JKK hendaklah terdiri daripada:
a)seorang pengerusi
b)seorang setiausaha
c)wakil pihak majikan
d)wakil pekerja.


Rajah 3.1 organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang diperuntukkan dalam Peraturan JKK, 1996


KEPENTINGAN JAWATANKUASA
*boleh melibatkan berbagai golongan pegawai/pekerja dalam pencegahan kemalangan
*boleh menganalisa kemalangan dan status tempat kerja serta merangka polisi
*senantiasa berada di tempat kerja yang terdedah kepada berbagai bahaya pekerjaan
*dapat merangka kesedaran pekerja-pekerja tentang tentang pentingnya keselamatan dan
kesihatan diri.


"JKK berfungsi sebagai perunding dan penasihat bagi pekerja, platform bagi pekerja
membuat pengaduan dan penghubung kepada pihak kerajaan jika terdapat perkara yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan oleh majikan"


PERHUBUNGAN TUGAS-TUGAS DENGAN FAKTOR MASA
Terdapat tugas dengan faktor masa yang mesti dilakukan oleh JKK. Sebahagian tugas-tugas ini merupakan tempoh masa yang terlibat adalah sama dan kadangkala berkaitan dengan tugas lain. Perhubungan tugas-tugas dan faktor masa yang sama perlu diambil perhatian oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan majikan.





Jika pada bila-bila masa majikan tidak mampu melaksanakan cadangan JKK dan alasan yang diberikan oleh majikan tidak boleh diterima oleh jawatankuasa, maka perkara ini boleh dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyelesaikannya.

Bagi organisasi yang merasakan ia memerlukan jawatankuasa kecil untuk membantu JKK induk, peraturan 20, Peraturan JKK 1996, ada menyediakan peruntukkan berbuat demkian. Peraturan ini sangat berguna di tempat kerja yang besar, berisiko tinggi dan mempunyai ramai pekerja.


MESYUARAT JKK
Kejayaan sesebuah jawatankuasa memenuhi fungsinya, antara lain bergantung kepada kecekapan perjalanan mesyuaratnya. Ini kerana di dalam mesyuaratlah segala perbincangan, perancangan dan keputusan dibuat mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Kecekapan mesyuarat dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
*Terma rujukan fungsi jawatankuasa
*Kefahaman anggota terhadap peranan mereka di dalam jawatankuasa
*Etika prosedur mesyuarat
*Iltizam pengerusi dan ahlinya melaksanakan segala keputusan mesyuarat

Bahagian IV, Peraturan JKK, 1996 telah menetapkan beberapa syarat berkaitan dengan perjalanan mesyuarat JKK. Antaranya:

a)Kekerapan mesyuarat
*JKK mesti mengadakan mesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali
*Mesyuarat yang dilakukan secara berkala hendaklah memastikan diminitkan di dalam
mesyuarat sebelumnya dapat dilaksanakan dengan segera

b)Kemudahan bermesyurat
*Kemudahan tempat yang sesuai yang wajib disediakan oleh majikan.

c)Mesyuarat sulung
*Mesyuarat ini hendaklah dipanggil oleh majikan
*Mesyuarat berikutnya boleh dipengerusikan oleh pengurus yang diberikuasa oleh
majikan

d)Korum
*Mesyuarat terbentuk apabila pengerusi, setiausaha dan tidak kurang dari satu
perdua baki anggota hadir di dalam mesyuarat.
*Mewajibkan kehadiran setiausaha pada setiap kali mesyuarat dan kehadirannya
sebagai syarat untuk mencukupkan korum.

e)Kehadiran bukan angggota
*JKK boleh menjemput bukan anggota JKK hadir di dalam mesyuarat jika mereka dapat
membantu tujuan mesyuarat.

f)Agenda yang dibincangkan
*Perbincangan di dalam mesyuarat mestilah dihadkan kepada perkara yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja sahaja

g)Minit mesyuarat
*Mesti diberikan kepada setiap anggota JKK dalam masa dua minggu selepas mesyuarat
berlangsung.


LATIHAN ANGGOTA JKK
Anggota JKK melakukan dua tugas utama:
*Menjalankan mesyuarat
*Melaksanakan keputusan mesyuarat (seperti peyiasatan kemalangan dan pemeriksaan)


Program Latihan keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada setiap anggota JKK termasuklah pengerusinya sekali. Adalah lebih baik jika setiap anggota JKK dapat mengikuti sekurang-kurangnya satu latihan khas bersama-sama. Di dalam kursus ini mereka boleh didedahkan kepda subjek-subjek seperti:
*Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Penubuhan dan fungsi JKK
*Pembentukan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan
perkiraanya
*Pengurusan risiko
*Perancangan, penyediaan dan perlaksanaan sistem kerja selamat
*Penyiasatan kemalangan dan menyediakan laporan
*Pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Pengukuran pencapaian



CIRI-CIRI JKK YANG CEKAP DAN BERKESAN
Sebuah JKK yang cekap dan berkesan sekurang-kurangnya mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
*JKK dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang diberi kuasa dan mampu menunjukkan
keikhlasan di dalam menggalakkan semua anggotanya melibatkan diri secara aktif dan
proaktif
*JKK dianggotai oleh mereka yang terbaik, komited dan mempunyai daya sumber di dalam
usaha mengujudkan budaya kerja selamat dan sihat
*Anggota JKK memahami fungsi mereka
*JKK mempunyai sokongan dan kepercayaan semua pihak yang diwakilinya
*Mesyuarat hanya membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja
*Anggota JKK memberikan sepenuh iltizam terhadap tugas dan tanggungjawab mereka
sebagai satu pasukan
*JKK mempunyai cukup dan berbagai idea serta aktiviti berkaitan keselamatan dan
kesihatan untuk dilaksanakan
*Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan secepat mungkin
*Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada semua pekerja dan mendapat perakuan mereka.


AGENSI-AGENSI TERLIBAT DI DALAM PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA

a)Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan
ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang
orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor
iaitu:
*Pengilangan
*Perlombongan dan pengkuarian
*Pembinaan
*Hotel dan restoran
*Pertanian, perhutanan dan perikanan
*Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi
*Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun
*Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
*Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan


Objektif utama jabatan ini ialah:
*untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripatisme dasar,
undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan
semasa bekerja
*untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan bahawa majikan, orang
bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa
mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendak-kehendak
undang-undang, tata amalan dan garis panduan yang sedia ada
*untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja
dan profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan
dan kebajikan pekerjaan


Dasar jabatan ini ialah:
*untuk menyedia dan menyenggara suatu tempat dan sistem yang selamat dan sihat
*untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan
*untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak
berulang lagi
*untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan
seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan
*untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja
*untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu


b)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan social yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Objektif utama skim keselamatan social adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan disamping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin.

Misi Perkeso adalah komited untuk memastikan keselamatan social dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi :
*Prinsip Insuran Keselamatan Sosial
*Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos yang
paling ekonomik dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber
manusia.
*Mengkaji sturktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada
kemampuan kewangan dan cara serta system pemberian faedah.
*Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usaha
usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wanga PERKESO melalui
pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik
*Memupuk serta menggalakan kesihatan serta keselamatan pekerjaan dikalangan yang
pekerja/majikan


c)Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau ‘ Construction Industry Development Board (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam Parlimen Negara pada tahun 1994 secara rasminya. Walaubagaimanapun perlaksanaannya telah bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang pesat menjelang tahun 2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku di dalam industri pembinaan. Perkara yang menjadi perhatian oleh CIDB di dalam industri pembinaan adalah:
*Kekurangan tenaga kerja/buruh/pakar
*Permasalahan sumber dan pembekalan bahan
*Produktiviti yang rendah
*Peningkatan kadar kemalangan di tapak bina
*Kelemahan pengurusan dan perlaksanaan projek
*Kekurangan maklumat penting dan data di dalam projek pembinaan


Objektif utama badan ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan industri pembinaan Negara menjadi sektor ekonomi bertaraf antarabangsa yang mempunyai kualiti produk dan perlaksanaan kerja pembinaan yang berkualiti tinggi dan nilai untuk sumber kewangan selaras dengan kehendak Negara.

Fungsi utama badan ini seperti terkandung di dalam akta perenggan 4(1) yang mengandungi:
*Ke arah menggalakkan dan membangunkan industri pembinaan Negara ke arah
keberkesanan perlaksanaannya
*Sebagai penghubung antara kerajaan pusat dan kerajaan Negara di dalam memajukan
industri pembinaan
*Menggalakkan kualiti insuran dalam industri pembinaan
*Memberi kredit dan kontraktor berdaftar dan membatalkan penyertaan serta sebarang
pendaftaran kontraktor baru.
*Memberi latihan dan kemahiran kepada pekerja pembinaan dan penyelia pembinaan.
*Menentukan piawai dan kualiti pembinaan dan bahan
*Sebagai perunding dan pembimbing di dalam memberi khidmat di dalam industri
pembinaan


Klik laman ini untuk maklumat lanjut:

JKKP – http://www.dosh.gov.my/mengenai/
CIDB – http://www.cidb.gov.my/
PERKESO – http://www.perkeso.gov.my/melayu
NIOSH – http://www.niosh.com.my/


d)Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau ‘National Institute Of Occupational Safety and Health’ (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah Kementrian Sumber Manusia sebagai kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga keselematan dan kesihatan pekerja dan di tempat kerja. NIOSH bermula sebagai sebuah syarikat di bawah syarikat berdaftar pada tahun 1965. Kini ia merupakan badan organisasi di bawah kerajaan dan menjadi sektor penting bagi melaksanakan peranannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.


Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam latihan, sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Institut ini juga membantu pihak industri bagi membantu perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Objektif utama institut ini diwujudkan oleh kerajaan adalah:
*menjadi perancang dan penggubal utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan selain menyusun kurikulum dan latihan bagi pekerja, syarikat, dan mana
mana pihak yang ingin melaksanakan secara langsung atau tidak langsung untuk
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
*Menjadi pembantu industri, kumpulan dan pihak-pihak dalam menangani permasalahan
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dengan memberi maklumat berkembangan terkini yang berkaitan sama ada
dalam dan luar Negara.
*Menjadi pelaksana di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan untuk jangka pendek
dan panjang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara


Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pihak NIOSH adalah menyusun segala yang berkaitan dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari segi tugas di pejabat, peranan organisasi, latihan dan bimbingan pekerja. Biasanya program yang dilaksanakan sejak dari 1993, latihan yang utama diberikan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah:
*Keselamatan di tapak binaan
*Keselamatan dalam penggunaan bahan
*Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
*Latihan dan bimbingan berterusan
*Bimbingan Aktiviti perlombongan
*Program perlindungan diri

KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

PENGENALAN
Pada bulan Februari 1994, Kerajaan telah mewartakan satu akta baru iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang lebih komprehensif, meliputi semua sektor-sektor industri. Satu pendekatan baru juga telah diserapkan dalam Akta ini iaitu pendekatan peraturan kendiri ( self regulation).


AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA 514)

Akta ini dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Tetakluk kepada subseksyen (3) . Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam jadual.

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan , peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai pengganti.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“bahan” ertinya apa-apa bahan semulajadi atau buatan , sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya;

“bahan bagi kegunaan semasa bekerja” ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-orang semasa bekerja;

“boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira :-
*Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat;
*Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk
menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu;
*Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau
risiko itu;
*Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;

“ industri” ertinya perkhidmatan awam , pihak-pihak berkuasa berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan ;

“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu negeri atau Kerajaan Tempatan ;

“kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959;

“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja termasuklah suatu kontrak perantisan;

“loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan , disambungkan atau diperlengkapkan kepadanya ;

“majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya;

“majikan utama” ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan termasuklah :
*Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah
kepada seseorang pekerja;
*Penghuni sesuatu tempat kerja;
*Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia dan;
*Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa
tempatan atau badan berkanun

“majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain;

“pegawai” ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah , Timbalan Ketua Pengarah , Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

“pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang baginya Akta ini terpakai dan :
*Yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja
industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang
berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu
di tempat kerja atau di tempat lain;
*Yang diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di tempat kerja
industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja
yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi
permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud industri
itu, atau;
*Yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama oleh
orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu
telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan;

“pembekalan” berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;

“penghuni” berhubungan dengan tempat kerja , ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja ;
“premis” termasuklah
*Mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;
*Mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara;
*Apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama
ada di atas dasar atau yang terapung di atsa mana-mana air dan;
*Mana-mana khemah struktur boleh alih.

“tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.

Bagi maksud akta ini , risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaiatan dengan cara suatu pengusahaan dijanakan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.

Bagi maksud Akta ini :
*“kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja
sendiri;
*seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat
kerjanya tetapi tidak selainnya; dan
*orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang
ditumpukannya kepada kerja sebagai orang yang bekerja sendiri.

TUJUAN AKTA
Terdapat beberapa objektif bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, antaranya ialah :
*Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
*Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
*Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolgi dan psikologi mereka.
*Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh
sistem, peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara
bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau
memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.


"Akta 514 adalah akta induk kepada semua akta berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Ia menambah kepada sebarang undang-undang bertulis sebelumnya
dan mengatasi sebarang peruntukan bertulis yang bercanggah atau bertindan
dengannya."



TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, PEKERJA DAN SUB-KONTRAKTOR
Dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, terdapat beberapa kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tiga pihak yang utama iaitu majikan, pekerja dan sub-kontraktor. Antara tanggungjawab tersebut adalah :

Tanggungjawab Majikan
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan , kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya :
1.Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
2.Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko.
3.Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu
untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang
sedang bekerja.
4.Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang , setakat yang praktik, selamat , tanpa risiko kepada kesihatan dan memadai
berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
5.Menyediakan seberapa kerap yang sesuai untuk mengkaji semula pernyataan bertulis
dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa
bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan
dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian
semua pekerjanya.
6.Menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan , yang pekerja , setakat yang
praktik , bahawa dia dan orang-orang lain , yang bukan pekerjanya, yang mungkin
tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan
atau kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.


Tanggungjawab Pekerja
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :
1.Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
2.Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan
apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu
melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya
3.Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau
pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa
risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya.
4.Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui
atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF AM
Mengetahui dan memahami sejarah dan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diamalkan di Malaysia.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
* Mentakrifkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
* Menerangkan sejarah perkembangan keselamatan dan kesihataan pekerjaan.
* Menyatakan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.


PENGENALAN
Berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni dan dibaca. Malahan ada juga kemalangan itu kita alaminya sendiri. Apa yang anehnya ialah ada di antara kemalangan itu diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya sebagai iktibar. Akibat terlalu kerap kita mendengar mengenai kemalangan, kadangkala kita merasakan kemalangan itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan di dalam dunia pekerjaan.

Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu kemalangan pekerjaan. Soalnya sekarang ialah siapakah manusia itu? Adakah dia pihak kerajaan, majikan, pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul persoalan akauntabiliti dan mengapa akauntabiliti itu penting.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut;

a.sikap mementingkaan diri: seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan
peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan
kepada dirinya. Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga,
kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan
itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali.
b.Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kesilapan,
maka dialah yang patut menerima akibatnya. Dengan lain perkataan, kalau seseorang
itu buat kesilapan dan mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa
dirinya maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh diterima.
c.Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan untuk mencari sebab
musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang, tetapi
fokusnya lebih kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga
pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi
keperluan undang-undang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya kerja.
d.Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu
adalah masalah ramai, dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika
ia berlaku kepada beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu
insiden kepada satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana tindakan yang
diambil sudah terlewat dan bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal
untuk dikawal.
e.Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap
remeh dan tidak perlu diambil kira. Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan
membuat andaian bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.
f.Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan majikan dan juga
pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak
wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya.

Melihat kepada senarai kelemahan di dalam sifat dan sikap manusia ini, kita dapat simpulkan bahawa untuk mencegah berlakunya kemalangan perlu ada anjakan paradigma di dalam sifat dan sikap manusia itu. Sifat dan sikap negatif dan reaktif yang dahulunya menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang hendaklah diubah menjadi budaya yang positif dan proaktif. Daripada sifat dan sikap yang positif dan proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat yang bukan digerak dan dipandu oleh desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada prinsip tanggungjawab dan ingin mengatur diri sendiri.


TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Kod Hamurabi
Sejarah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh dijejak seawal tahun 2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod Hammurabi. Hammurabi ialah seorang raja yang telah memerintah negerinya berpandukan kod undang-undang. Kod undang-undang ini dipahat pada sebuah monumen batu hitam, lebih kurang 2.4 meter tinggi dan dipamerkan untuk tatapan rakyatnya. Antara yang berkaitan dengan pengaturan keselamatan pekerjaan ialah kod ini mentapkan agar pencegahan kemalangan dilakukan melalui pembalasan berupa denda. Kawalan yang dicadangkan oleh kod ini dipanggil ‘pembalasan’. Sesiapa yang didapati cuai dan kecucaiannya mengakibatkan kematian maka mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika mengakibatkan kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut.

"Kod Hamurabi mengatur organisasi masyarakat berpandukan kod undang-undang yang
dipamer dan dimaklumkan kepada semua rakyat untuk dipatuhi. Kod menekankan hukuman
bagi kesalahan"



Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di United Kingdom .

Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom mempunyai sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam kurun ke-19 yang membawa suasana kerja yang berbeza di mana pekerja lebih kerap bekerja dengan mesin berbanding dengan menggunakan peralatan tangan atau binatang. Misalnya, jika pekerja mengetahui kecacatan di dalam sistem kerja dan gagal mengambil kira mengenainya, sekiranya berlaku kemalangan maka mahkamah boleh meletakkan tuduhan kecuaian ke atas pekerja bukan majikan.

Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk menghadkan masa kerja pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada 10 jam. Ini diikuti pada tahun 1844 dengan Akta Kilang membuat peruntukan undang-undang untuk mengawal suasana kerja di mana buruh kanak-kanak digunakan dan memagar mesin yang membahayakannya.

Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben mendapati beberapa kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada dan bilangan kemalangan pekerjaan yang tidak berkurangan. Jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa ;
*Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak peduli,
*Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu banyak, sukar
difahami dan tidak memuaskan
*Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada, kurang menekankan aspek
sikap, kemampuan dan pencapaian seseorang dan kecekapan sistem organisasi yang
mereka bekerja.

Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja atau ‘ Health And Safety At Work Act ’, 1974 (HASAWA 1974). Pentadbiran HASAWA, 1974, dan segala perundangan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi tanggungjawab sebuah badan berkanun yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan(Health and Safety Commission, HSC) . Kesimpulanya penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom telah berubah daripada urusan berbagai pihak penguatkuasa kepada yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan.



Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia
Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120 tahun yang lalu iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera, ini diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan keselamatan dan kesihatan di Malaysia boleh dijelaskan dalam LIMA era iaitu:
i) Era keselamatan dandang – sebelum 1914
ii) Era keselamatan jentera – 1914 hingga1962
iii)Era keselamatan industri – 1953 hingga 1967
iv) Era keselamatan dan keselamatan industri – 1970 hingga 1994
v) Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan – selepas 1994



Era keselamatan Dandang – sebelum 1914

Tugas utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau bertugas untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakanya digunakan di lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana ia mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai ‘boiler surveyor’ . Pada tahun 1892 dalam terdapat 83 dandang di Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula.

Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya tersendiri. Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor iaitu ‘Boiler Enacment’ 1892. manakala di Perak perundangan dandang stim yang pertama berkuatkuasa pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka masing-masing dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai ‘Inspector of Boiler’.



Era keselamatan Jentera – 1914 hingga 1952

Pada 1 Januari 1914 enekmen-enekmen dandang stim dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’. Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan ‘auxiliary’ yang bersangkutan. Pada masa yang sama jawatan ‘Inspector of Boiler’ juga dimansuhkan dan digantikan dengan
‘Inspector of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.’

Pada tahun 1932, ‘Machinery Enactment’ pada 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’ pada 1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian iaitu di bawah cawangan kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakkan tertumpu di sektor perlombongan menjadi perusahaan utama pada ketika itu.



Era Keselamatan Industri – 1953 hingga 1967

Cawangan Kejenteraan berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1962, cawangan Kejenteraan telah dipisahkan dari Jabatan Galian dan ditukar nama kepada Jabatan Kejenteraan. Ini kerana kebanyakkan pemeriksaan telah berkembang luar daripada industri perlombongan. Pada 1953, semua enekmen kejenteraan yang digunakan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan dengan ordinan 1953. Berkuatkuasa ordinan ini, peranan pemeriksa tidak tertumpu kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi meliputi keselamatan pekerja kilang-kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan utama ordinan tersebut adalah seperti berikut:
a)Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa mengendalikan
pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan.
b)Peraturan-peraturan perlu dibuat
c)Jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan
d)Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa
e)Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan sebelum jentera diperlesenkan dan
diubah
f)Semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan jentera
hendaklah dilaporkan dan disiasat
g)Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada
orang lain
h)Jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan dijual atau
dipinjamkan atau disewakan
i)Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan memberhentikan
jentera-jentera yang tidak selamat.



Era Keselamatan Industri – 1970 hingga 1994

Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera. Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi. Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah diperlengkapkan.

Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntuknan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Akta ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada tahun 1968, Ketua-ketua pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa Inggeris. Pada tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.

Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang penting seperti tertubuhnya Bahagian Pencegahan Pencemaran pada tahun 1971, penubuhan Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian Industri Hyiegene pada tahun 1980; permulaan aktiviti keselamatan petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan Petroleum pada tahun 1985, bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan besar industri, aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan penubuhan Bahagian ‘Major Hazards’ pada tahun 1991. Akta Petroluem telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran pertoluem melalui talian paip, pengagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan. Peraturan-peraturan 1985 telah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga diwartakan sebagai Pemeriksa Petroluem.

Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan pelancarannya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992. Institut ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan dan penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.



Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994

Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen pada tahun 1993 dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan hanya pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewjudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.

Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Prinsip-prinsip utama yang diambil sebagai asas dalam penggubalan akta ini adalah seperti berikut:

Pertama - ‘Self regulation’ atau pengaturan kendiri yang bertujuan menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya. Pihak majikan mengadakan satu perkiraan yang baik untuk dilaksanakan.

Kedua – Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja.

Ketiga – Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut:
a)Pengilangan
b)Perlombongan dan penguraian
c)Pembinaan
d)Pertanian, Perhutanan dan perikanan
e)Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
f)Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
g)Perdagangan borong dan runcit
h)Hotel dan restoran
i)Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan
j)Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.


Misi utama Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko keselamatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.

Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang ditunjukkan di dalam jadual 1.0 yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus dan mengawal penggunaan bahan berhazard dan pekerjaan yang berkaitan dengannya dan pekerjaan yang telah dikenalpasti sebagai merbahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jadual 1.1 Contoh akta dan peraturan


"Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 (AKTA 514) diwartakan untuk
menyatu dan menseragamkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia. AKTA 514 mengatasi tetapi tidak bercanggah dengan mana-mana akta dan
peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan"



Rajah 1.0 Sejarah perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di Malaysia